tak habis habis lagi cerita pilihanraya ke 12...
semua orang masih sibuk berkata itu dan ini...
apa lagi yang kita boleh buat? Keputusan tetap keputusan... Telan sajalah walaupun pahit...
keputusan pilihanraya tu hanya satu proses undian...
Di situ kita boleh nampak apa yang rakyat mahukan...
Atau mungkin juga sebaliknya?
Rakyat kini sudah menjadi seperti pengguna yang mahu membeli sesuatu produk di pasaraya...
Semua orang tak nak ketinggalan dalam memilih produk yang terkini mengikut trend...
Apakah medium pemasaran yang digunakan oleh parti2 politik untuk menjual 'produk' mereka?
Macam macam ada... Ada yang menggunakan media elektronik seperti televisyen dan juga radio... Ada yang menggunakan billboard dan sebgainya, namun apakah strategi itu berkesan? Dari keputusan pilihanraya kita sudah mendapat gambaran bahawa jawapan sudah jelas...
Rakyat Malaysia kini dibawa arus zaman eksploitasi... Sebelum kita pergi ke isu perkauman dan keagamaan, kita perlu lihat dari sudut asas sebuah tamadun... Apakah kepimpinan kita telah membela kebajikan semua rakyat? Mampukah mereka? Dan kita harus tanya juga pada diri sendiri, mampukah kerajaan baru ini juga mampu berlaku adil?
Tidak dinafikan bahawa hari ini kita sudah kehilangan sebuah pegangan dan tanggungjawab terhadap negara... Tiada lagi perasaan mahu memajukan dan melindungi negara... Kronisme wujud di mana mana... Ini lumrah manusia... Tak perlu kita tuduh si polan dan si polan mengamalkannya... Realiti struktur politik, ekonomi dan mentaliti rakyat di negara ini tidak mudah diubah oleh sesiapa, walaupun dengan cara menggulingkan kerajaan sekalipun...
Apa yang patut difikirkan oleh setiap individu ialah mengenali siapa kawan dan siapa lawan... Dalam sesebuah keluarga juga wujud pilih kasih, jadi mengapa pula tidak dalam pentadbiran negara... Isi yang ingin diketengahkan di sini adalah perpaduan... Kita tidak perlu mengikut emosi dan kemarahan masing masing... Apa salahnya semua bersatu di bawah satu nama dan meluahkan satu suara?
Seperti kita lihat di negara negara yang mengamalkan demokrasi... Isu isu yang diperdebatkan lebih kepada kemajuan negara dan kestabilan politik... Berbeza pula di negara kita... Semua berfikiran bahawa arena politik mendatangkan hasil yang lumayan, kereta mewah, wang yang banyak... Pemikiran tersebut juga sukar atau berani saya katakan mustahil untuk dihapuskan...
Setiap manusia bertindak atas satu matlamat... Jika baik matlamatnya, maka baiklah kepimpinannya... Jangan kita memandang remeh pula penasihat penasihat pemimpin pemimpin pula... Merekalah sebenarnya yang membentuk dasar dan membuat keputusan di dalam sesebuah kepimpinan... Jika baik nasihatnya, baiklah negaranya...
Kita perlu mengenalpasti siapakah dalang di sebalik setiap perubahan yang berlaku... Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, suarakan pendapat anda... tak usah lah kita menjadi lembu mengekor saja sesiapa yang berkuasa dengan harapan pemimpin itu akan memberikan sesuatu yang indah kepada kita...
Dari episod pilhanraya kali ini juga kedengaran suara suara perkauman di setiap pelusuk negeri... Ini bukan sesuatu yan baru... Sepertimana rasuah dan kronisme berleluasa di negara ini, perkauman juga menjadi isu ... Setiap rakyat di Malaysia mahukan hak kaum masing masing... Mampukah kempimpinan negara berlaku adil? Atau apakah itu semua propaganda politik mereka? Dan apakah benar pula janji janji yang ditabur oleh sesetengah pemimpin yang kononnya berjuang demi bangsa mereka? Ini politik tuan tuan dan puan puan... Setiap individu punya agenda tersendiri... Kawan makan kawan tu biasalah... di peringkat sekolah juga ada pertandingan memilih ketua kelas... Nak kata apa lagi? Sukar untuk insan kerdil untuk menilai... Benarkah suara suara yang mengatakan si polan rasuah dan si polan tidak buat kerja? Adilkah kita untuk menilai ? layakkah kita untuk menilai ?
Secara peribadi, saya sebagai seorang yang berpegangan 'neutral' mahu melihat Agama saya, Islam, bangsa saya, Melayu dan negara saya Malaysia diberkati Allah... Dia maha adil.. Dia maha mengetahui... Cara terbaik untuk kita adalah dengan cara berdoa... Apalah kurangnya melayu dalam umno berbanding dalam PAS? dan Apa lebihnya melayu UMNO dan melayu pas? Kita perlu mengenali siapa musuh kita yang sebenar...
Islam tak kata suruh kita benci kaum lain.. Diorang pun nak hidup... Diorang pon nak makan... Islam meminta umatnya bersatu di bawah nama Islam, bukan parti politik... Tak kira parti apa yang memerintah pun, kita tetap melayu yang beragama Islam... Kalau difikir logik, takkan melayu pas tak nak tolong melayu umno apabila diserang dan dizalimi kaum agama lain? Begitu juga dengan melayu Umno... Kita ada Sultan dan Raja Raja yang menjadi lambang Islam di negara kita... Berjuanglah demi Agama dan Bangsa, bukan demi parti politik dan kontrak juta juta...
-bangsakita-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
About Me
- emina
- nOt mUch Of aN iNteResTiNg pErsOn. .. qUitE boriNg.. . dOn'T taLk mUch... bUt dOn'T sTanD iN my wAy wHen i sTart taLkiNg.. iT's kIndA LikE a buLleT tRaiN wiThouT bRaKes.. sO wEar uR sAfety bELtS aLRiGht? ? nOt mUch oF a dRinKer.. i dOn'T dO drUgS..a sMokEr aNd kiNda aNti sOciaL tyPe (fOr soMe)..
1 comment:
emi, jgn la berhenti menulis..
aku rindu ko, aku baca banyak kali..
kesian lah kat aku..
asyik ulang ulang
tulis la lagi..
p/s: jgn bagi alasan bz..
Post a Comment