Wednesday, March 12, 2008

pilihanrayake12

saya juga agak terkilan dengan keputusan PRU12... kita tak perlu mengutuk si polan dan si polan... kita tak perlu tunjuk orang ni tak elok dan orang itu tak elok... kalu iya pon, tak perlulah menybeut nama orang itu...

saya juga seorang melayu yang sayangkan masa depan bangsa saya lebih dari segalanya... kita semua mahu melihat bangsa kita maju dan mentadbir tanah keramat ini dengan adil dan makmur...

memang sukar menrima kekalahan barisan nasional baru2 ini, kerana UMNO juga merupakan salah satu komponen BN... UMNO juga yang telah memperjuangkan bangsa kita selama ini... Tapi, yang menyedihkan saya adalah kejayaan orang2 melayu sendiri menghancurkan perjuangan itu dari DALAM! UMNO telah di ceroboh... UMNO tiada nilai lagi...

Orang melayu sudah lari... orang cina pon sudah lari... Semua pun sudah lari?

Memang sesebuah perjuangan memerlukan sebuah pengorbanan... Tapi saya sangat sedih apabila terpaksa berkempen di khemah biru dan bersorak gembira di khemah hijau...

Ramai juga sahabat2 kiri dan kanan saya melakukan perkara yang sama...
Kami bertanya sesama sendiri, perlukah semua ini dilakukan untuk masa depan kita semua? Adakah ini akan membetulkan keadaan dan membuat semua kaki rasuah ini berubah? Mungkin...

Melayu perlu bersatu... Tak kira apa warna dan lambang parti atau persatuan... Jauh di dalam hati setiap Melayu hendaklah ada rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, sahabat seagama dan tanahair...

Kita tidak perlu berselindung bahawa kita kononnya bukan RACIST dan sebagainya... hakikatnya, hari ini,kaum selain Melayu juga menyatakan kebencian terhadap kaum melayu secara terang terangan... mereka mengata itu dan ini... mereka memanggil kita nama binatang dan sebagainya... Mereka memandang rendah setiap anak anak melayu di negara ini... Mengapa ?
mengapa kita perlu takut di tanah sendiri? Mengapa kita perlu berbaik dengan mereka? Rakyat tidak perlukan koridor itu dan koridor ini... Rakyat tak perlukan wang ringgit untuk menyokong mana mana pemimpin...
Rakyat tidak perlukan perkongsian kuasa!!! Rakyat mahu mengembalikan kuasa dan ketuanan melayu... Rakyat perlukan seorang pemimpin yang telus dan membela nasib orang melayu... Bukan pemimpin yang membela perut sendiri dan sedara mara mereka!!!

Melayu kini tidak bodoh lagi seperti dulu... Melayu kini sudah bangkit... Melayu kini tidak akan tertipu lagi... Melayu kini sudah pandai guna otak yang Tuhan bagi...
Sudah pandai menilai elok dan tak elok...


Dan jangan kita sesekali lalai... dari keputusan pilihanraya ini juga banyak pihak akan mengambil kesempatan... kita hendaklah berjaga jaga dan bersatu atas satu matlamat... kita hendaklah berjuang demi masa depan anak cucu kita kelak... kita tak mahu mereka bekerja sebagai kuli kepada bangsa asing apabila kita sudah tiada...

wahai melayu... lupakanlah tentang kemewahan... lupakanlah tentang pangkat... lupakanlah tentang kebencian terhadap kaum mu sendiri... tak perlu di'highlight' kan salah si polan dan si polan... gunalah akal kita untuk sama sama membangunkan bangsa kita...
kerana tiada apa di dunia ini yang kekal... Fikirkan tentang masa depan bangsa... fikirkan tentang pendidikan anak2 kita... Apakah mereka akan mendapat tempat tinggal yang sama selesa dengan kita sekarang?
Apakah mereka akan mendapat pendidikan yang sama dengan apa yang kita dapat? Apakah mereka akan dipandang tinggi oleh bangsa lain?
Apakah mereka akan terus wujud di tanah ini???

Demi Agama dan Bangsa...

Berjuanglah...

No comments:

About Me

My photo
nOt mUch Of aN iNteResTiNg pErsOn. .. qUitE boriNg.. . dOn'T taLk mUch... bUt dOn'T sTanD iN my wAy wHen i sTart taLkiNg.. iT's kIndA LikE a buLleT tRaiN wiThouT bRaKes.. sO wEar uR sAfety bELtS aLRiGht? ? nOt mUch oF a dRinKer.. i dOn'T dO drUgS..a sMokEr aNd kiNda aNti sOciaL tyPe (fOr soMe)..